Chess Improvement

~ Eu Hong’s Road to Chess Improvement ~

PERCAK

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Catur Kedah akan diadakan pada Sabtu - 24 Januari 2009 Jam 12.00 tengahari.
Tempat : Sungai Petani. Alamat lengkap akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, pemain dan peminat catur yang berasal/dilahirkan di Negeri Kedah dan/atau bertugas atau pemastautin di Negeri Kedah Darul Aman dijemput hadir untuk menjadi ahli dan bermesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Persatuan Catur Kedah.

Sempena mesyuarat tersebut, satu pertandingan catur Kedah Open akan diadakan. Semua hadiah wang tunai dan piala akan disumbangkan/ taja oleh Jaffolea Enterprise.
Pertandingan akan dilangsung dalam 6 pusingan serentak untuk 2 kategori: Kategori Junior untuk peserta bawah 12 tahun dan Kategori Open. Detail hadiah akan diumumkan kemudian.

Tentatif pertandingan.
8.30 pagi            Pengesahan penyertaan
9.00 pagi            PUSINGAN 1
10.00 pagi          PUSINGAN 2
11.00 pagi          PUSINGAN 3

12.00 tgh            Mesyuarat Agung Kali Pertama
Persatuan Catur Kedah

2.30 petang       PUSINGAN 4
3.30 petang       PUSINGAN 5
4.30 petang       PUSINGAN 6

5.45 petang       Majlis Penyampaian Hadiah
Bersurai.

[Source: Ahmad Fuad @ Chess-Malaysia]


Posted in Chess Tournament |

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.